PENGUMUMAN

Semua Gambar dan Bahan yang dipaparkan didalam Blog ini adalah HAKCIPTA TERPELIHARA Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru.Semua bahan yang dipaparkan adalah koleksi bersama warga KSTKPB.Sebarang salinan semua adalah DILARANG sama sekali tanpa mendapat keizinan.

Harap Maklum.

Klinik Sepeda

Klinik ini akan dijayakan bersama dengan Kelab-Kelab :-
Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Basikal Antik,Kelab Sepeda Tua Johor Baharu;
Setiap bahan yang dipaparkan akan dipautkan didalam Blog yang menyertai "Klinik Sepeda" ini.Semoga "Klinik Sepeda" ini dapat disempurnakan dengan jayanya.Inilah "Wardah Perjuangan" yang akan kita kongsikan bersama buat semua peminat dan pencinta sepeda.

Maklumat Lanjut :

Bottom Bracket Shell : Klik Sini
Frame : Klik Sini

Sekian,Terima Kasih.

Nantikan.....

Gabungan Blogger dari ,Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Khazanah Sepeda Tua JB sedang dalam persiapan untuk menerbitkan sebuah Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia" .Nantikan Kemunculannya.......

Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"

Sekian,
Terima Kasih.










Tuesday, March 2, 2010

Peniaga Berlesen - Barang Lama ( Basikal )





Salam buat semua pemilik dan peminat Sepeda Tua

Paparan kali ini,KSTKPB ingin berkongsi mengenai Signboard lesen barang-barang lama (Basikal). Persatuan penjual - penjual Sepeda terpakai (Second hands) telah wujud semenjak tahun 1921 lagi.Terdapat hanya 3 buah negeri sahaja pada masa itu iaitu Singapura,Selangor dan Pulau Pinang yang diberikan lesen untuk menjual Sepeda terpakai dan hanya kedai tertentu sahaja yang dapat memiliki lesen ini pada waktu itu. Signboard barang-barang lama (Basikal) dalam tulisan Jawi antara yang amat sukar lagi diperolehi. Cerita dari tauke-tauke kedai sepeda tahun 1950an,signboard dalam tulisan Jawi telah ditukar pada signboard yang ada kini.

Penjual barang-barang lama (basikal) pada masa itu akan menghantar laporan ke Balai Polis mengenai barang-barang terpakai yang masuk ke kedai mereka sebulan sekali. Ini bagi memastikan barang yang masuk bukan dari barangan curi.Pemilik asal yang menjual sepeda mereka akan diambil keterangan diri,jenis sepeda dan no siri sepeda untuk dimasukkan kedalam rekod Peniaga berlesen.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

0 comments: