PENGUMUMAN

Semua Gambar dan Bahan yang dipaparkan didalam Blog ini adalah HAKCIPTA TERPELIHARA Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru.Semua bahan yang dipaparkan adalah koleksi bersama warga KSTKPB.Sebarang salinan semua adalah DILARANG sama sekali tanpa mendapat keizinan.

Harap Maklum.

Klinik Sepeda

Klinik ini akan dijayakan bersama dengan Kelab-Kelab :-
Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Basikal Antik,Kelab Sepeda Tua Johor Baharu;
Setiap bahan yang dipaparkan akan dipautkan didalam Blog yang menyertai "Klinik Sepeda" ini.Semoga "Klinik Sepeda" ini dapat disempurnakan dengan jayanya.Inilah "Wardah Perjuangan" yang akan kita kongsikan bersama buat semua peminat dan pencinta sepeda.

Maklumat Lanjut :

Bottom Bracket Shell : Klik Sini
Frame : Klik Sini

Sekian,Terima Kasih.

Nantikan.....

Gabungan Blogger dari ,Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Khazanah Sepeda Tua JB sedang dalam persiapan untuk menerbitkan sebuah Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia" .Nantikan Kemunculannya.......

Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"

Sekian,
Terima Kasih.










Wednesday, March 3, 2010

Emblem Humber - Era 30an



The Humber adalah salah satu jenama sepeda yang amat popular.The Humber juga mempunyai revolusi dalam sejarah emblemnya."BY APPOINTMENT H.M THE KING" dan "KING GEORGE" antara yang amat popular di malaya satu ketika dulu.Cop Mohor diraja membezakan harga tiap-tiap satu sepeda itu."H.M THE KING" keluaran hujung tahun 30an. "H.M THE KING" biasanya dikeluarkan pada sepeda Humber Kunci tengkuk(Ketuat).Hasil kajian dan penyelidikan kami(KSTKPB)yang bermula pada 1997,harga sepeda Humber antara harga yang kedua termahal dari sepeda lain.Kajian ini berdasarkan dari surat-surat pekedai dari tahun 20an hingga ke 60an.Jelas sepeda Humber berada didalam kelasnya yang tersendiri.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

1 comments:

Wan said...

Tahniah..banyak penyelidikan dan kajian yang dijalankan oleh kalian semua.Usaha yang sangat baik untuk menyebarkan ilmu.