PENGUMUMAN

Semua Gambar dan Bahan yang dipaparkan didalam Blog ini adalah HAKCIPTA TERPELIHARA Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru.Semua bahan yang dipaparkan adalah koleksi bersama warga KSTKPB.Sebarang salinan semua adalah DILARANG sama sekali tanpa mendapat keizinan.

Harap Maklum.

Klinik Sepeda

Klinik ini akan dijayakan bersama dengan Kelab-Kelab :-
Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Basikal Antik,Kelab Sepeda Tua Johor Baharu;
Setiap bahan yang dipaparkan akan dipautkan didalam Blog yang menyertai "Klinik Sepeda" ini.Semoga "Klinik Sepeda" ini dapat disempurnakan dengan jayanya.Inilah "Wardah Perjuangan" yang akan kita kongsikan bersama buat semua peminat dan pencinta sepeda.

Maklumat Lanjut :

Bottom Bracket Shell : Klik Sini
Frame : Klik Sini

Sekian,Terima Kasih.

Nantikan.....

Gabungan Blogger dari ,Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Khazanah Sepeda Tua JB sedang dalam persiapan untuk menerbitkan sebuah Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia" .Nantikan Kemunculannya.......

Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"

Sekian,
Terima Kasih.










Sunday, June 21, 2009

Poster Humber - Datuk Dari Segala Sepeda


Paparan kali ini KSTKPB ingin berkongsi Poster Sepeda Humber yang dikeluarkan oleh ROBINSON & CO;LTD pada bulan June 1952.
Sepeda Humber adalah nama yang cukup besar dan tidak asing lagi dalam era kegemilangan Sepeda diBumi Malaya.Sepeda Humber adalah yang terawal masuk ke Malaya dan Sepeda yang berada didalam kelasnya yang tersendiri. Sepeda yang menjadi kegilaan orang dulu-dulu dan amat bangga jika dapat memiliki Sepeda Humber ini. Sepeda yang dipanggil dan diangkat dengan gelaran "Aristocrat of All Bicycle".Humber juga dikenali dengan gelaran Sepeda yang penuh dengan kesenian dan kehalusan dari segi pembuatannya.Sepeda Humber adalah sepeda yang digunakan oleh golongan Bangsawan dan menjadi rebutan setiap orang pada zaman itu.
Sehingga ke hari ini Sepeda Humber terus diburu oleh pencinta dan peminat yang tahu akan nilai dan sejarahnya.Seperti kata pepatah melayu "Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas" Tahniah kepada semua pemilik Sepeda Humber ini.
Disini Blogger mengalihkan Tulisan Jawi kepada Tulisan Rumi untuk tatapan semua peminat dan pencinta sepeda.


HUMBER

DATUK DARI SEGALA BASIKAL

Buah tangan dari Syarikat perusahaan yang membuat basikal "RALEIGH"
Terjual di segala kedai - kedai basikal di seluruh Malaya.

-Wakil Tunggal-

ROBINSON & CO;LTD

Ditubuhkan di Singapore

Kuala Lumpur
Talipon 4286


Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Sunday, June 14, 2009

Koleksi Setem





Kebiasaan kita hanya akan melihat setem dipermukaan surat sahaja.Kali ini KSTKPB memaparkan koleksi setem salah seorang ahli KST.Beliau amat gemar menyimpan hanya setem - setem yang berlatarkan gambar sepeda dan bagi beliau hobi ini amat unik dan lebih-lebih lagi yang ada kaitan dengan sepeda.Beliau merasakan tidak banyak setem yang ada berlatarbelakangkan sepeda atau sepeda pengangkutan.Bilangan keluarannya juga amat sedikit dari mula setem diperkenalkan sehingga ke hari ini dan amat sukar ditemui.
Ahli-ahli KST pasti akan mencari dan akan menyimpannya sebagai koleksi peribadi dan boleh dikongsi dengan semua peminat sepeda.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Klinik Sepeda - Frame

Salam kepada semua peminat dan pengumpul sepeda. Artikel ini agak lewat dipaparkan kerana penulis berada di luar negara atas urusan kerja. Namun, penulis sempat membuat lawatan ke Nottingham dan melawat beberapa kenalan-kenalan yang terdiri dari bekas pengedar dan pengumpul sepeda di sana. Fakta-fakta dan bahan-bahan yang didapati dan dikumpul disana amatlah berguna untuk KSTKPB dan penulis menulis artikel ini bagi berkongsi pengalaman dan informasi yang ada untuk pengetahuan semua.

Dewasa ini, kerangka sepeda diperbuat dari aluminium dan bahan komposit seperti gentian fiber. Susur galur sepeda dan semua barangan dan alatan moden bermula sebelum penciptaan kenderaan beroda pacuan manusia lagi, iaitu penemuan cara memproses besi kepada keluli secara moden, yang mencetuskan revolusi industri. Pada masa itu, manusia bergantung harap pada keluli dan besi untuk hampir semua barangan dan alatan yang mereka gunakan.

Kerangka sepeda sebelum ini menggunakan keluli. Keluli mudah dilentur dan ia sangat kuat berbanding besi tuang. Industri keluli amat berkait rapat dengan industri sepeda. Ini adalah kerana Nottingham merupakan pusat industri berasaskan besi dan keluli di England sejak 150 tahun dahulu. Malah, syarikat gergasi keluli, TI, mengambilalih syarikat Raleigh pada dekad 1950an.

Pada kerangka sepeda Raleigh, Rudge, Humber, Hercules dan Triumph keluaran pasca 1950an, kerangka tersebut menggunakan jenis keluli “2030”. Ini berlaku selepas pengambilalihan Raleigh oleh syarikat TI. Kod kerangka-kerangka sepeda merupakan sesuatu yang wajib diketahui oleh pekedai-pekedai dan pengedar sepeda. Kod-kod tersebut membezakan antara kerangka “heavy duty”, “roadster” dan kerangka khas yang diperbuat dari aloi (aluminium).

Kerangka aluminium merupakan kerangka edisi terhad yang amat sukar didapati, bukan sahaja di tanah air, ia juga sangat sukar didapati di England. Semasa saya di England baru-baru ini, saya sempat mengunjungi sebuah pertunjukan kereta, motorsikal dan sepeda antik dan klasik. Saya mendapati, dari hampir 100 buah sepeda yang dipamerkan, hanya sebuah sahaja yang mempunyai kerangka aluminium.

Menurut seorang pengedar sepeda yang saya temui, kerangka aluminium atau kerangka alloy/aloi ini hanya dikeluarkan atas permintaan khas atau sebagai hadiah kepada pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan tertinggi. Pada pertandingan sepeda klasik yang diadakan di Shah Alam pada 1999, kurang dari 10 buah sepeda rerangka aloi yang menyertai pertandingan tersebut.

Menurut seorang pengumpul sepeda yang saya temui di England sewaktu lawatan saya tempoh hari, sepeda kerangka aloi ini amatlah berharga kerana ia hanya dikeluarkan pada tahun 1949 sempena ulangtahun jubli emas (50 tahun) syarikat Raleigh. Rerangka aloi hanya dikeluarkan dengan jenama Raleigh sahaja. Spefikasi sepeda kerangka aloi ini ialah kerangka berukuran 22”, ‘fork lock’, ‘all alloy frame’ dan jejari aloi untuk rim 28” jenama Dunlop [rim lipat, bukan rim stail Westwood]. Sepeda ini hanya dikeluarkan dalam warna Green Enamel dan full gold lining sahaja.

Kerangka menarik yang lain ialah kerangka keluaran khas Rudge edisi kromium (chrome). Kerangka chrome ini hanya dikeluarkan dengan ukuran 21” untuk jenama Rudge sahaja. Kerangka-kerangka ini hanya dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja.

Bagi peminat dan pengumpul sepeda di tanah air, sering kali kita gunakan terma sepeda 26” dan 28” untuk membezakan kerangka-kerangka sepeda koleksi masing-masing. Ukuran tersebut hanya merujuk kepada ukuran diameter roda sepeda sahaja. Akan tetapi, kerangka (frame) sepeda mempunyai ukurannya yang tersendiri.

Kerangka sepeda yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar sepeda di England yang dipasarkan di tanahair ialah kerangka ‘Sports’ dan ‘Roadster’ yang berukuran ” 20” [Junior], 21” [Sports], 22” [Roadster] dan 23” [Heavyduty]. Kerangka berukuran 20” digunakan untuk sepeda Junior yang menggunakan rim berdiameter 24”. Sepeda Sports [Raleigh, Humber, Rudge dan Triumph] menggunakan rim berukuran 26”. Manakala sepeda Roadster menggunakan kerangka 22” dan rim bersaiz 28”. Sepeda Heavyduty, yang menggunakan rim 28” menggunakan kerangka berukuran 23”.

Di England, untuk menentukan saiz kerangka ‘Sports’ dan rim yang digunakan agak sukar. Ini adalah kerana, setiap sepeda yang dijual di England, ia ditentukan oleh ketinggian pembeli asal sepeda tersebut. Semasa lawatan saya, saya dapati ada sepeda Sports yang berukuran 21”, 22” dan 23” dan menggunakan rim berukuran 26”.

Apa yang membuatkan sepeda British selesa dikayuh? Jawapannya kita boleh dapati dari binaan kerangka sepeda tersebut. Binaannya yang panjang (long wheelbase), ketinggian yang sederhana dengan ukuran sudut 68 darjah dan keutuhan binaannya menyebabkan sepeda British amat popular sehingga ke hari ini.

Diharapkan perkongsian informasi dan fakta tadi dapat dimanfaatkan oleh semua peminat dan pengumpul sepeda. Sebarang komen dan fakta susulan adalah amat dialu-alukan dari semua.

Pyan elHakim


Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Saturday, June 13, 2009

Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"




Akan Di Terbitkan
Nantikan Kemunculannya....

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Sunday, June 7, 2009

Poster Raleigh "Tulisan Jawi"



Raleigh adalah satu jenama sepeda yang terunggul dan meletakkannya di klas yang tersendiri bagi peminat yang mencintai hobi ini.Sejak dari dulu lagi "zaman nenek moyang kita" Sepeda Raleigh sudah meletakkan namanya antara sepeda yang tiada tandingannya.Lazimnya orag dulu-dulu akan berbangga jika memiliki Sepeda jenama Raleigh yang pada ketika itu dipanggil Sepeda "Melawa" iaitu Sepeda cantik.Bagi mereka yang memiliki Sepeda Raleigh pada masa itu sudah boleh dianggap mereka itu dari golongan yang berada kerana dari segi harga tidak dapat dinafikan bahawa Sepeda Raleigh lebih mahal berbanding Sepeda jenama New Hudson,Robin Hood,Sunbeam dan lain-lain lagi.Sepeda Raleigh adalah Raja Sepeda dibumi Malaya.Setiap Akhbar,Majalah dan apa saja yang berkaitan dengan dunia penyiaran pasti akan meletakkan Raleigh sebagai Raja Sepeda sehingga ke hari ini.Sejarah telah membuktikan bahawa jenama Raleigh telah jauh meninggalkan jenama New Hudson,Robin Hood,Sunbeam dan lain-lain lagi.
Sepeda Raleigh tidak sesuai untuk membawa bebanan yang berat berbanding sepeda yang lain seperti hercules dimana kebanyakan digunakan bagi tujuan membawa bebanan berat dan juga dibuat beca atau sepeda pengangkutan.
Paparan ini,KSTKPB ingin berkongsi Poster Raleigh dalam Tulisan Jawi dimana ianya adalah keluaran tahun 1956.Disini Blogger telah mengalihkan Tulisan Jawi tersebut didalam Tulisan Rumi untuk dikongsikan bersama semua peminat sepeda.


RALEIGH

Basikal yang paling bagus sakali pada masa ini.....dan akan datang.

Basikal Raleigh sudah banyak ditiru orang,tetapi Raleigh yang betul tidak akan hilang namanya.

"Awas tiruan-tiruan ya"

Basikal Raleigh yang betul boleh dapat dari wakil-wakil yang diakui sahaja.

Jika tuan belum lagi jadi salah seorang pemilik basikal Raleigh yang terbaik, Ayoh! Jangan tunggu lagi.

Wakil Agung "ROBINSON & CO.,LTD.

Tertubuh di Singapore

KUALA LUMPUR.

Peti surat 352
No.Talipon 4286


Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Poster BSA and New Hudson Bicycles



Poster BSA and New Hudson Bicycles

Poster ini adalah pemberian Chegu Hopper kepada KSTKPB sebagai salam silaturrahim dan untuk dikongsikan bersama kepada semua peminat dan pencinta sepeda.Poster ini adalah keluaran pertengahan tahun 60 an dimana jenama ini sudah berada dibawah Syarikat Raleigh Industries selepas Raleigh menguasai jenama Sepeda Buatan British yang lain.


Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Monday, June 1, 2009

Signage Robin Hood Tahun 1968



Paparan Signage Robin Hood Tahun 1968 ini adalah salah satu dari koleksi yang terdapat di Galeri KSTKPB.Signage ini diperolehi di sebuah kedai Sepeda di Seremban.Sewaktu ditemui,Signage ini berada didalam keadaan usang tetapi grafik lukisannya masih cantik dan utuh.Signage ini meninggalkan kenangan kepada semua ahli-ahli KST semasa melakukan projek karaw besar-besaran(Penuh Lori Tu)...
Signage ini pernah ditawarkan dengan harga yang lumayan oleh seorang pengumpul barang-barang antik,tetapi disebabkan nilai yang sangat tinggi pada signage ini,maka ianya masih berada bersama KSTKPB.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Poster Raleigh Tahun 1959



Benar bagai dikata " TAK KENAL MAKA TAK CINTA".Inilah ungkapan yang layak diberikan dan tidak dapat dinafikan bahawa Raleigh adalah basikal yang terulung yang berada di Bumi Malaya.Ini terbukti dengan gambar yang dipaparkan ini menberitahu kita bahawa Raleigh terus berada didalam kelas yang tersendiri dan terus kekal sebagai Raja Sepeda di Bumi Malaya. Gambar ini dirakamkan di RAFFLES SINGAPORE TAHUN 1959."RALEIGH BASIKAL YANG TERBAIK SA-KALI DALAM DUNIA".Untuk keenakan berbasikal yang sejati,tidak ada yang saperti Basikal Raleigh.Selalu-lah menonggang Raleigh - satu2-nya basikal yang sa-tiap orang berbangga memilikinya.Tahniah kepada semua peminat yang memiliki Sepeda Raleigh..

Bagi paparan yang akan datang,KSTKPB akan memaparkan hasil penyelidikan yang dibuat mengenai kemasukan Sepeda Raleigh ke Bumi Malaya dan juga perbandingan harga Sepeda Raleigh dengan jenama sepeda-sepada yang lain.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Raleigh Carlton "Sports And Racing Cycles"








kali ini KSTKPB memaparkan Katalog jenis-jenis Sepeda Lumba Carlton yang dikeluarkan oleh Syarikat Raleigh.Katalog ini diperolehi disebuah kedai Sepeda di Jalan Sentul pada tahun 1999.Katalog Sepeda ini asalnya hendak dibuang oleh pemilik kedai tetapi dapat diselamatkan oleh Saudara MK kerana percaya ianya mempunyai nilai yang sangat tinggi dan banyak maklumat boleh diperolehi.KSTKPB bukan saja menyimpan katalog Sepeda klasik,tetapi juga menyimpan semua katalog yang berkaitan dengan dunia sepeda.Bagi KSTKPB bahan-bahan begini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan dapat mempelajari banyak perkara mengenai ilmu sepeda.Sepeda ini amat popular pada masa itu kerana bentuk dan fizikalnya yang menarik dan agak ringan yang boleh di kayuh dengan laju dengan menggunakan gear kelajuan bertingkat yang disesuaikan untuk jalan rata dan jalan berbukit.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Raleigh Action Bikes "The Toughest Bikes On The Street"







Paparan ini adalah salah satu Sepeda keluaran Raleigh iaitu Raleigh Action Bikes "The Toughest Bikes On The Street".Sepeda ini amat diminati oleh remaja-remaja pada masa itu kerana bentuk dan fizikalnya yang amat menarik dan bersesuai dengan jiwa remaja.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Raleigh For The Games Children Play




Ruangan kali ini,KST ingin berkongsi satu lagi Katalog permainan kanak-kanak keluaran Raleigh yang sangat popular.Apa yang dipaparkan ini adalah kulit hadapan dan belakang sahaja.Bagi keluaran yang akan datang KSTKPB akan berkongsi bahagian ruangan dalam Katalog ini yang memaparkan lagi permainan dan sepeda awal kelahiran sehingga 12 tahun.Semoga paparan ini dapatlah kita mengetahui serba sedikit info mengenai keluaran jenama yang terulung didunia ini.

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Katalog Raleigh "Fun Bikes" - Detail












Katalog ini memaparkan Model dan Spec Sepeda kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Raleigh.Sebelum ini KST pernah memaparkan bahagian hadapan dan belakang Katalog Raleigh Fun Bikes ini.Kali ini KST memaparkan gambar keseluruhan Katalog ini untuk tatapan semua peminat sepeda.Lihat paparan sebelum ini

Antaranya Model:-
Raleigh "Mini Trike" 2-3 tahun
Raleigh "Jumbo" 3-4 tahun
Raleigh "Scrambla" 4-5 tahun
Raleigh Speedway" 7-9 tahun

Simpanan Galeri KSTKPB Sahaja.

Sekian,
Terima Kasih

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"