PENGUMUMAN

Semua Gambar dan Bahan yang dipaparkan didalam Blog ini adalah HAKCIPTA TERPELIHARA Khazanah Sepeda Tua Kg Pasir Baru.Semua bahan yang dipaparkan adalah koleksi bersama warga KSTKPB.Sebarang salinan semua adalah DILARANG sama sekali tanpa mendapat keizinan.

Harap Maklum.

Klinik Sepeda

Klinik ini akan dijayakan bersama dengan Kelab-Kelab :-
Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Basikal Antik,Kelab Sepeda Tua Johor Baharu;
Setiap bahan yang dipaparkan akan dipautkan didalam Blog yang menyertai "Klinik Sepeda" ini.Semoga "Klinik Sepeda" ini dapat disempurnakan dengan jayanya.Inilah "Wardah Perjuangan" yang akan kita kongsikan bersama buat semua peminat dan pencinta sepeda.

Maklumat Lanjut :

Bottom Bracket Shell : Klik Sini
Frame : Klik Sini

Sekian,Terima Kasih.

Nantikan.....

Gabungan Blogger dari ,Gerekers Sungai Petani,Khazanah Sepeda Tua KPB,Khazanah Sepeda Tua JB sedang dalam persiapan untuk menerbitkan sebuah Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia" .Nantikan Kemunculannya.......

Kulit Buku "Sepeda Di Bumi Malaysia"

Sekian,
Terima Kasih.










Sunday, February 1, 2009

Gambar Sepeda Humber tahun 1890



Ekslusif dari KSTKPB buat semua peminat Sepeda

Kali Ini KSTKPB memaparkan sekeping gambar 2 orang pemuda melayu bersama Sepeda Humber dihadapan Masjid Sultan,Kampung Glam Singapura pada tahun 1890.
Dalam siri jejak sepeda kami yang bermula pada tahun 1997 sepeda humber adalah yang pertama sampai ke bumi malaya dan ini bersandarkan pada foto yang kami simpan serta kajian yang kami buat sepanjang kami terlibat dalam hobi ini.
Gambar ini diperolehi dari Abang Mix pegumpul gambar-gambar klasik&antik.Beliau adalah sahabat lama KSTKPB.Gambar ini diperolehi dari buku SINGAPORE A PICTORIAL HISTORY 1819-2000.Hanya terdapat 3 keping gambar sepeda yang ada dalam buku tersebut.Dari hasil kajian KSTKPB hanya golongan-golongan tertentu sahaja yang mampu memiliki sepeda pada zaman tersebut.Ini menunjukan amat sedikit sepeda yang digunakan pada zaman itu.Dengan sedikit infomasi ini dapatlah peminat&pecinta sepeda berkongsi maklumat dengan KSTKPB.

Simpanan Galeri KSTKPB sahaja.

Sekian,
Terima Kasih.

Ahli KSTKPB
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

3 comments:

Sepeda Tua Johor Bahru said...

Tahniah KSTKPB atas penjejakan yang berjaya dan maklumat yang cukup padat. Memang benar apa yang dikatakan oleh penulis, dari pakaiannya saja kita dah sediamaklum pemilik sepeda tersebut pastinya dari gulungan bangsawan.

Khazanah Sepeda Tua said...

Salam,
Sepeda Tua Johor Bahru,
Masih banyak lagi yang perlu kami menkaji dan mencari untuk kita kongsikan bersama dengan semua peminat sepeda yang lain semoga kita bersama mendapat info yang bernilai dan bersejarah ini.

Sekian,
Terima Kasih
"Khazanah Lama Masih Terpelihara"

Basikal lusuh said...

cayalah kstkpb.begini jauh dia orang kaji tentang basikal.aku sendiri pun dah tengok gambar ni secara live dirumah mk.tabik springlah dengan dia orang ni.memang group kst nie gila dengan hobi ni.banyak info yang aku dapat duduk dengan diorang nie.yang paling aku kagum bila lihat loket kemerdekaan yang pertama tu.mana nak dapat lagi.nie pandangan akulah,muzium pun tak simpan koleksi ni.tabik springlah dengan diaorang nie.segala macam koleksi diorang simpan.manuskriplah,emblemlah,stiker punyalah banyak dan macam-macamlah ada.tak rugi aku jumpa diorang nie.terima kasih atas layanan yang diberikan.